• Latest Entries »

    Feb 22, 2010

    Ziarah Tautan Kasih 3: Saudari Ameerah Rafee



    Assalamualaikum w.b.t

    Pada minggu lepas atau lebih spesifiknya pada 20 Feb 2010, iaitu hari Sabtu, telah berlaku satu kejadian yang tidak di duga kepada rakan-rakan kami. Kemalangan. Itulah kejadian yang berlaku kepada tiga orang rakan kami iaitu Ameerah Bt. Rafee, Durar Adilah, dan Siti Fairus. Ketiga-tiga mereka ini merupakan sahabat baik dan rakan semotosikal (betul ke ayat nie?), dan kemalangan ini berlaku ke atas mereka serentak dan pada tempat kejadian yang sama.

    Saya sendiri terkejut kerana sebelum kejadian itu, jalan yang saya lalui iaitu tapak kejadian seakan-akan tenang dan tidak akan berlaku perkara yang buruk. Namun, setelah saya tiba di kampus dan menguruskan sesuatu, saudara Zakuan datang hampir kepada saya dan memaklumkan kepada saya bahawa satu kemalangan telah berlaku di Acacia. Saya terperanjat.

    "Haish, bukan ke aku datang sini tiada apa-apa yang berlaku?" ujar saya.
    "Baru jer berlaku tadi.." kata Zakuan sambil bersedia untuk ke sana.

    Saya hanya mampu berdoa di hati agar mereka sembuh..

    Dalam kejadian tersebut, salah seorang rakan kami menerima kecederaan yang agak parah. Saudari Ameerah telah patah tangan nya, dan dalam cerita yang disampaikan oleh beliau sendiri, tulang tangan kirinya tersembul keluar.. InnaLiLLahi wa inna hiraji'un. Dua rakan yang lain iaitu Durar dan Fairus hanya mengalami kecederaan minimal serta trauma di mana Durar cedera di muka(tidak serius) manakala Fairus mengalami trauma kerana pengalaman pertama kemalangan berlaku ke atas dirinya.

    Kemudian, pada hari berikutnya iaitu pada hari Ahad, kami dari rombongan Muamalat Student Council(MSC) mengadakan satu kutipan kilat dan menziarahi rakan kami yang mengalami kecederaan serius iaitu Ameerah. Beliau yang sepatutnya di tempatkan di Hospital Putrajaya telah dibenarkan keluar dan ketika kami menziarahi beliau, beliau ketika itu di rumah makciknya di Taman Puchong Utama, Puchon, Selangor. Walaupun dalam keadaan yang agak sukar, kami di sambut dengan penuh ceria oleh Ameerah dan keluarga. Terima kasih di ucapkan kepada ibu Ameerah dan makcinya. Dalam rombongan ini juga, Cik Siti Nurulhuda, yang juga merupakan pensyarah kami, turut bersama kami dalam menjayakan misi Ziarah Tautan Kasih 3 ini. Mudah-mudahan, para pensyarah lain juga akan turut serta bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pensyarah, InsyaAllah.

    Ya, kami tahu ada antara rakan-rakan kami yang mahu menyertai, namun dek kerana halangan masa dan tugas, mereka tak dapat nak sertai kami. Ketua Program kami juga iaitu Puan Syahidawati Bt. Shawan juga tidak dapat menyertai kerana anak beliau sakit. Kita juga doakan anak-anak Puan Syahidawati akan cepat sembuh. Ameenn..

    Harapan kami kepada rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan ini, agar mereka segera sembuh, terus tabah kan hati dan sentiasa kuat dalam menempuh hari-hari muka. Ingatlah, semua ini datang daripada Allah dan kita akhirnya juga akan kembali kepada Allah. Inilah dugaan dan cabaran untuk kita hadapai bagi peringatan buat diri kita yang selalu alpa kepada-Nya.

    Moga Cepat Sembuh!


    Mohd Nor Adzim Bin Shaari
    Pengerusi Penaja
    Muamalat Student Council (MSC)
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    0 comments:

    Post a Comment