BAB 1 : Kewangan Islam
Tajuk : Apa Itu Riba?
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, kami bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana di beri kesempatan dan di beri peluang kepada kta untuk sama-sama menimba ilmu untuk menfaat bersama. Baiklah, pada kali ini blog MSC akan berkongsi ilmu dari segi kewangan islam pula yang mana fokus perkongsian utama kita ialah RIBA.
Apa itu RIBA?
Sebagaimana yang kita ketahui secara umumnya, riba akan berlaku dalam urusan jual-beli sesuatu barang dalam kehidupan seharian kita. Riba akan berlaku tambahn duit, atau di panggil bunga dan ada juga di panggil faedah (interest). Riba ini sangat haram disisi Islam yang mana Allah S.W.T menegah umah Islam supaya jangan terlibat dengan riba apatah lagi saki-baki riba lagi jangan terlibat sama yang mana jika rujuk pada Al-Quran, ALLAH S.W.T ada menyebut larangn tentanag riba :-
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya : ( Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.( Surah Al-Baqarah, Ayat 278)*
Jika kita lihat dari segi Nahu bahasa Arab, di mana perkataan "ittaqullah"(bertaqwalah kepada ALLAH) "wazaruu" (Tinggallah oleh kamu semua) yang mana memberi maksud ayat perintah yang membawa kepada wajib. Fokus ayat di atas ialah tertuju kepada . وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا yang membawa maksud perintah wajib meninggalkan saki-baki riba. Sekiranya kita masih lagi berurusan jual-beli beli yang melibatkan riba, maka kita ALLAH dan RasulNya telah pun mengistiharkan perang dengan kita.
فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya ( Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.)(Surah Al-Baqarah, Ayat 279)*
Jenis-Jenis Riba
Selain itu, Riba juga terdapat dua(2) jenis yang umum iaitu :-
(1)- Riba Duyun
-1.1 Riba Duyun Jenis Qard
-1.2 Riba Duyun Jenis Jahiliah
(2)- Riba Buyu'
Baiklah kita pergi satu persatu.
**Riba Duyun Jenis Qard yang mana riba yang terhasil dari akad pinjam meminjam. Contohnya begini, katakan Si A meminjam wang dari Si B sebanyak RM 200. Maka, Si B memberitahu kepada Si A supaya membayar balik sebanyak RM250. Bila Si B sebut saja ganti balik wang dari Si A sebanyak RM 250, maka secara automatiknya menjadi riba duyun jenis qard. Dalam situasi tersebut, telah berlaku riba atapun pertambahan wang jumlah yang di pinjam dari Si A ialatu pertambahan RM 50 dan RM 50 itu adalah riba.
**Riba Duyun Jenis Jahiliah ini pula, terhasil apabila meminjam wang pada tempoh tertentu dan apabila sampai tempoh yang di tetapkan kita tidak mamnpu membayar. Contonya begini, Jika Si Ali ingin meminjam duit dari Si Abu sejumlah RM2000 dan dia akan bayar balik kepada Si Abu dalam tempoh tiga bulan, jika Si Ali gagal membayar balik wang tersebut dalam masa tiga bulan kepada Si Abu, maka Si Abu membuat denda(penalti) kepada Si Ali yang mana kena tambah RM200 dan menjadi RM2200 yang perlu di bayar balik oleh Si Ali. Maka di sini kita panggil Riba duyun jenis jahiliah.
**Manakala Riba Buyu' ni pula ialah riba yang terhasi daripada urusan jual-beli yang me;ibatkan pertukaran sesuatu barang di mana maksud dari Hadis Nabi S.A.W iaitu, emas tukar dengan emas, perak tukar dengan perak, tamar tukar dengan tamar, gandum tukar dengan gandum, barli tukar dengan barli, garam tukar dengan garam. Dalam situasi pertukaran tersebut mesti di buat pada waktu yang sama ketika majlis akad tersebut itu berlaku dan pertukaran itu hendaklah sama rata dan tidak lebih item-item di dalamnya.
Jadi, secara kesimpulannya, MSC berharap agar kita semua khususnya umat Islam hendaklah mengetahui tentang riba, jenis-jenisnya serta apakah hukum-hukum orang yang terlibat dalam riba tersebut. Pihak MSC rasa cukup setakat ini sahaja dulu perkongsian ilmu buat seketika. Ini sahaja untuk pada kali yang mamapu MSC kongsi untuk anda semua. Sebelum MSC mengakhiri kalam, pihak MSC mohon maaf jika ada info yang di kongsi kali ini amat sedikit serta ada kekuranag di atas kejahilan kami, apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan dari pihak kami sindiri. Jika ada apa-apa penambahan dari anda sila tinggalkan komen di ruang yang di sediakan.
Wallahhu 'alam........
Tinta Blogger MSC,
Mohd Noor Bin Yusof
Fakulti Ekonomi & Muamalat
USIM
(Sumber Dan Rujukan)
* Ceramah Ust Zaharuddin Abd Rahman( Dalil Riba)
** Ceramah Ust Zaharuddin Abd Rahman ( Jenis-jenis Riba)
!doctype>
Roh perjuangan
3 months ago