• Latest Entries »

    Feb 24, 2010

    Penyerahan Sumbangan kepada Mangsa Kemalangan Motosikal



    Alhamdulillah
    , pada hari ini iaitu bersamaan dengan 24 Februari 2010, MSC telah berjaya mengadakan penyerahan sumbangan kepada dua orang mangsa lagi yang terlibat dalam kemalangan pada hari Sabtu minggu lepas. Dua orang mangsa tersebut ialah Saudari Durar Adilah Binti Mohd Sani dan juga Saudari Siti Fairus Binti Mohd Khapia. Sumbangan MSC ini telah diserahkan oleh Puan Norasikin Salikin kepada mereka berdua di dalam Dewan Kuliah Fakulti 1.2, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Diharapkan dengan sumbangan kecil daripada ahli MSC ini dapat membantu serba sedikit kesukaran yang di hadapi oleh mereka.

    Terima Kasih kepada ahli MSC dan Puan Norasikin Salikin! Mari terus menyumbang.



    Mohd Nor Adzim B. Shaari,
    Pengerusi Penaja,
    Muamalat Student Council (MSC),
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Feb 22, 2010

    Ziarah Tautan Kasih 3: Saudari Ameerah Rafee



    Assalamualaikum w.b.t

    Pada minggu lepas atau lebih spesifiknya pada 20 Feb 2010, iaitu hari Sabtu, telah berlaku satu kejadian yang tidak di duga kepada rakan-rakan kami. Kemalangan. Itulah kejadian yang berlaku kepada tiga orang rakan kami iaitu Ameerah Bt. Rafee, Durar Adilah, dan Siti Fairus. Ketiga-tiga mereka ini merupakan sahabat baik dan rakan semotosikal (betul ke ayat nie?), dan kemalangan ini berlaku ke atas mereka serentak dan pada tempat kejadian yang sama.

    Saya sendiri terkejut kerana sebelum kejadian itu, jalan yang saya lalui iaitu tapak kejadian seakan-akan tenang dan tidak akan berlaku perkara yang buruk. Namun, setelah saya tiba di kampus dan menguruskan sesuatu, saudara Zakuan datang hampir kepada saya dan memaklumkan kepada saya bahawa satu kemalangan telah berlaku di Acacia. Saya terperanjat.

    "Haish, bukan ke aku datang sini tiada apa-apa yang berlaku?" ujar saya.
    "Baru jer berlaku tadi.." kata Zakuan sambil bersedia untuk ke sana.

    Saya hanya mampu berdoa di hati agar mereka sembuh..

    Dalam kejadian tersebut, salah seorang rakan kami menerima kecederaan yang agak parah. Saudari Ameerah telah patah tangan nya, dan dalam cerita yang disampaikan oleh beliau sendiri, tulang tangan kirinya tersembul keluar.. InnaLiLLahi wa inna hiraji'un. Dua rakan yang lain iaitu Durar dan Fairus hanya mengalami kecederaan minimal serta trauma di mana Durar cedera di muka(tidak serius) manakala Fairus mengalami trauma kerana pengalaman pertama kemalangan berlaku ke atas dirinya.

    Kemudian, pada hari berikutnya iaitu pada hari Ahad, kami dari rombongan Muamalat Student Council(MSC) mengadakan satu kutipan kilat dan menziarahi rakan kami yang mengalami kecederaan serius iaitu Ameerah. Beliau yang sepatutnya di tempatkan di Hospital Putrajaya telah dibenarkan keluar dan ketika kami menziarahi beliau, beliau ketika itu di rumah makciknya di Taman Puchong Utama, Puchon, Selangor. Walaupun dalam keadaan yang agak sukar, kami di sambut dengan penuh ceria oleh Ameerah dan keluarga. Terima kasih di ucapkan kepada ibu Ameerah dan makcinya. Dalam rombongan ini juga, Cik Siti Nurulhuda, yang juga merupakan pensyarah kami, turut bersama kami dalam menjayakan misi Ziarah Tautan Kasih 3 ini. Mudah-mudahan, para pensyarah lain juga akan turut serta bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pensyarah, InsyaAllah.

    Ya, kami tahu ada antara rakan-rakan kami yang mahu menyertai, namun dek kerana halangan masa dan tugas, mereka tak dapat nak sertai kami. Ketua Program kami juga iaitu Puan Syahidawati Bt. Shawan juga tidak dapat menyertai kerana anak beliau sakit. Kita juga doakan anak-anak Puan Syahidawati akan cepat sembuh. Ameenn..

    Harapan kami kepada rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan ini, agar mereka segera sembuh, terus tabah kan hati dan sentiasa kuat dalam menempuh hari-hari muka. Ingatlah, semua ini datang daripada Allah dan kita akhirnya juga akan kembali kepada Allah. Inilah dugaan dan cabaran untuk kita hadapai bagi peringatan buat diri kita yang selalu alpa kepada-Nya.

    Moga Cepat Sembuh!


    Mohd Nor Adzim Bin Shaari
    Pengerusi Penaja
    Muamalat Student Council (MSC)
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Feb 18, 2010

    Salam Pengenalan Dari Muamalat Student Council Gen-9

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kami ucapkan kepada anda agar ceria-ceria selalu dengan apa jua aktiviti yang anda lakukan.

    Sebelum kami membuka wadah bicara untuk pengenalan Blog Muamalat Student Council Gen-9 ini, kami memanjat syukur alhamdulillah kerana Blog ini telah selamat dan berjaya di bangunkan dan sudah mula mengorak langkah pertama dalam dunia blogging setelah sekian lama menyepi atas urusan-urusan yang perlu di utamakan dahulu.

    Setelah semua kerja-kerja wajib di laksanakan, barulah blog ini membuat post yang mana post ini adalah post yang pertama di tulis. Setelah kami berbincang dengan ahli-ahli Muamalat Student Council, maka terhasillah satu namadomain untuk blog ini iaitu www.muamalatsc.blogspot.com.

    Dengan ada blog ini, kami berharap ianya berfungsi sebagai medium yang terbaik untuk Muamalat Gen-9 pada suatu hari nanti setelah tamatnya sesi kuliah kelak.

    Baiklah itu dia sebagai mukaddimah perbicaraan blog untuk kali pertamanya.
    Pada asalnya muamalat adalah nama bidang kursus/program yang di tawarkan kepada kami. Program muamalat ini datangnya dari Fakulti Ekonomi & Muamalat atau nama popularnya ialah FEM.

    Nama Muamalat Gen-9 ini diberi kerana pihak kami ini adalah pelaja-pelajar mualamat genarasi yang ke-9, maka kami ubah dengan singkatan Muamalat Gen-9. Setelah semua pelajar-pelajar muamalat berkumpul dalam satu sesi perbincangan, maka kami semua berpakat dan bersetuju membuat satu paradigma yang baru yang mana kami ingin menubuhkan satu kumpulan atau dikenali sebagai council untuk ahli kumpulan kami berkumpul di sini jika ingin memberi apa-apa pandangan dan berkongsi apa saja idea serta info yang berguna untuk di kongsi bersama dengan blog Muamalat Stydent Councul Gen-9.

    Selain itu juga, tjuan penubuhan Muamalat Student Council Gen-9 adalah untuk membina ukhwah tali persaudaraan dengan semua pelajar FEM amnya serta pelajar Muamalat khasnya. Di samping itu juga Blog Muamalat Student Council juga ingin mengumpul bekas-bekas pelajar muamalat untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. :)

    Baiklah, kami rasa cukuplah disini sahaja dulu sebagai permualaan post dari Blog Muamalat Student Council Gen-9. Kami mengucapkan Ahlan Wassalam Wa Marhabanbikum Lakum atau selamat datang ke blog Muamalat Student Council Gen-9 jika anda semua pertama kali datang/ziarah ke laman blog ini. :) Apa-apa pun selam perkenalan dari kami untuk anda semua. Kehadiran anda semua amat di alu-alukan. :)

    Sekian dulu dari kami......
    See You Next Time......

    P.s = Jika ada apa-apa masalah dengan design laman blog ini, sila tinggalkan komen @ cadangan di ruang kotak yang di sediakan.

    P.s.s. = JANGAN LUPA!! subscribe @ Langgan Newsletter dari blog kami di runag side bar yang disediakan, ini adalah untuk mengelakkan anda sebagai pembaca terlepas post yang kamu update dari semasa ke semasa.