• Latest Entries »

    Apr 19, 2010

    Lambaian Kasih 1: Pn. Fadilah




    Assalamualaikum w.b.t
    kepada semua,

    Bertemu lagi kita dalam alam maya ini. Sudah lama blog kami ini tidak di-'update' dengan berita-berita daripada kami. Namun, Alhamdulillah berkat usaha dan kudrat kami, ada juga di kalangan kami yang meng-'update' blog ini. Terima kasih buat Saudara Md. Noor Yusof!

    Hurm, sebenarnya banyak aktiviti yang berlangsung semasa blog ini sunyi dan sepi. Cuma, kekangan masa daripada 'team' penulis kami untuk mengisi berita-berita dalam blog ini. Eloklah saya membawa salah satu aktiviti yang berlangsung semasa kami di kampus.

    Lambaian Kasih. Antara nama program baru yang kami wujudkan. Tujuan program ini adalah untuk meraikan kepada para pensyarah dan juga para pelajar dari jurusan Pentadbiran Muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan menyambung pelajaran atau juga berpindah ke tempat yang baru, supaya mereka yang pergi ini merasakan kebersamaan mereka bersama-sama kami di USIM ni. Untuk pertama kalinya, program ini telah dijalankan untuk meraikan salah seorang pensyarah kami yang mengajar subjek kami iaitu subjek Company Law, adalah Puan Fadilah dari Fakulti Shariah dan Undang-undang (FSU). Beliau sekarang telah menyambung pengajian beliau ke peringkat Ph.D di United Kingdom.


    Sebagai tanda penghargaan daripada pihak MSC, khusus daripada pelajar-pelajar tahun tiga Pentadbiran Muamalat, sesi 2009/2010 telah menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda ingatan kami kepada Pn. Fadilah serta satu koleksi untuk beliau bila mana berada di sana. Bagi kami di sini, kami sentiasa mendoakan kejayaan serta kemudahan beliau apabila menyambung pengajian di sana. Serta, mudah-mudahan ikatan antara pelajar dan guru di kalangan kami ini tidak akan berakhir di sini, insyaAllah.

    Mudah-mudahan usaha kerdil ini diterima sebagai amalan di sisi Allah serta memperkukuhkan ukhwah sesama ahli serta para guru kami. Akhir kalam, semoga usaha ini akan diteruskan. Sekian...



    MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI,
    Pengerusi,
    Muamalat Student Council (MSC),
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    0 comments:

    Post a Comment