• Latest Entries »

    Apr 19, 2010

    Lambaian Kasih 1: Pn. Fadilah




    Assalamualaikum w.b.t
    kepada semua,

    Bertemu lagi kita dalam alam maya ini. Sudah lama blog kami ini tidak di-'update' dengan berita-berita daripada kami. Namun, Alhamdulillah berkat usaha dan kudrat kami, ada juga di kalangan kami yang meng-'update' blog ini. Terima kasih buat Saudara Md. Noor Yusof!

    Hurm, sebenarnya banyak aktiviti yang berlangsung semasa blog ini sunyi dan sepi. Cuma, kekangan masa daripada 'team' penulis kami untuk mengisi berita-berita dalam blog ini. Eloklah saya membawa salah satu aktiviti yang berlangsung semasa kami di kampus.

    Lambaian Kasih. Antara nama program baru yang kami wujudkan. Tujuan program ini adalah untuk meraikan kepada para pensyarah dan juga para pelajar dari jurusan Pentadbiran Muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan menyambung pelajaran atau juga berpindah ke tempat yang baru, supaya mereka yang pergi ini merasakan kebersamaan mereka bersama-sama kami di USIM ni. Untuk pertama kalinya, program ini telah dijalankan untuk meraikan salah seorang pensyarah kami yang mengajar subjek kami iaitu subjek Company Law, adalah Puan Fadilah dari Fakulti Shariah dan Undang-undang (FSU). Beliau sekarang telah menyambung pengajian beliau ke peringkat Ph.D di United Kingdom.


    Sebagai tanda penghargaan daripada pihak MSC, khusus daripada pelajar-pelajar tahun tiga Pentadbiran Muamalat, sesi 2009/2010 telah menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda ingatan kami kepada Pn. Fadilah serta satu koleksi untuk beliau bila mana berada di sana. Bagi kami di sini, kami sentiasa mendoakan kejayaan serta kemudahan beliau apabila menyambung pengajian di sana. Serta, mudah-mudahan ikatan antara pelajar dan guru di kalangan kami ini tidak akan berakhir di sini, insyaAllah.

    Mudah-mudahan usaha kerdil ini diterima sebagai amalan di sisi Allah serta memperkukuhkan ukhwah sesama ahli serta para guru kami. Akhir kalam, semoga usaha ini akan diteruskan. Sekian...



    MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI,
    Pengerusi,
    Muamalat Student Council (MSC),
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Apr 11, 2010

    Majis Titian Kasih & Perasmian Muamalat Student Council (MSC)





    Tanggal 9 April 2010 hari Jumaat tepat jam lebih kurang pukul 3.00 petang Muamalat Student Council (MSC) telah tertubuh secara rasminya yang mana MSC ini di rasmikan olehYbhg. Prof. Hajah Mustafa B. Mohd Hanefah iaitu Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) USIM semasa Majlis Titian Kasih iaitu majlis jamuan bagi meraikan pelajar-pelajar Tahun 4 Kursus Pentadbiran Muamalat yang bakal meninggalkan USIM nanti.

    Didalam ucapan-ucapan beliau itu, belaiu ada memuji akan kesugguhan dan juga kecekalan MSC mengadaln beberapa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak MSC yang berkonsepkan mengeratkan hubungan antara sesama pelajar Batch Muamalat dari Tahun 1 sehinngalah Tahun 4 serta mengukuhkan lagi pertalian hubungan antara pelajar dengan pihak pansyarah-pensyarah dan juga staff FEM. Pada masa yang sama juga dalam ucapan beliau juga ada memberi sokongan dan galakkan untuk pihak MSC terus bergerak dengan lebih yakin pada masa akan datang.

    Pada sebelum ini MSC telah membuat beberapa aktiviti-aktiviti yang secara tidak rasmi seperti berkunjung ke rumah Ketua Program Kursus Muamalat iaitu Puan Syahidawati Bt Syahwan semasa bagi meraikan anak beliau yang baru lahir. Puan Syahidawati berkata beliau sangat setuju dan amat berkenan dengan pihak MSC yang sentiasa bergerak untuk tujuan yang mendatangkan manfaat semua anggota khusunya di peringkat FEM. Pihak MSC mengucapkan terima kasih kepada Puan Syahidawi kerana sentiasa memberi sokongan kepada MSC.

    Selain itu juga pihak MSC pernah mengadakn lawatan ke rumah pelajar-pelajar yang ditimpa kemalangan yang kurang bernasib baik, seperti kebakran rumah, kemalangan jalan raya dan seumpamanya. Selaian itu juga pihak MSC pernah membuat Program Rehlah Mahabbah yang mana program ini bertujuan untuk mengenal dan membuat penerokaan alam sekitar di kawasan bukit-bukau serta membuat pendakian gunung. Pada Rehlah Mahabbah lepas Pensyarah yang turut hadir ialah Puan Norailis Bt Wahab yang bertindak sebagai pengiring semasa prorag tersebut berjalan.

    Di hari majlis tersebut pelbagai acara yang di lakukan oleh pihak MSC bagi memeriahkan suasana majlis tersebut antaranya, persembahan lakunan, persembahan nyanyian, serta persembahan khas yang di buat oleh pelajar-pelajar Tahun 4 Kursus Pentadbiran muamalat.

    Baiklah pihak Blogger MSC merasa sekadar itu sahaja dulu dari perkembangan semasa yang di lakukan oleh pihak MSC. InsyaALLAH pihak Blogger MSC akan mengemaskini post-post dari semasa ke semasa mengenai perkembangan yang di buat oleh MSC pada masa akan datang.




    Tinta Blogger,

    Mohd Noor Bin Yusof.

    Blogger Muamalat Student Council (MSC),
    Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).