• Latest Entries »

    Mar 5, 2010

    Wakil MSC di Program Outreach MITI-MATRADE bersama Pelajar IPT 2010



    Alhamdulillah
    , pada 4 Mac 2010 bersamaan hari Khamis, seramai 30 orang wakil dari MSC telah menyertai satu program Outreach MITI-MATRADE bersama pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan di Bangunan MATRADE, Kuala Lumpur. Program ini diadakan dengan kerjasama Sekretariat Latihan Keusahawan Universiti (SeLKS) di setiap Universiti di Malaysia. Salah satu SeLKS yang aktif dan memberi sokongan kepada program ini adalah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai 71 orang perwakilan pelajar dari setiap fakulti di USIM telah meneyertai program ini dan tidak ketinggalan adalah wakil dari MSC sendiri.

    Acara yang dijalankan selama satu hari ini, berobjektifkan untuk memupuk pengetahuan semasa berkenaan keushawanan dan menerapkan satu matlamat yang tinggi bagi usahawan yang lahir dari setiap universiti di Malaysia untuk menceburi bidang eksport dan import bagi Malaysia. Berbagai peluang dan inisiatif telah diperuntukkan oleh MITI-MATRADE untuk membantu mahasiswa yang ingin memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan. Peluang ini seharusnya di ambil oleh semua para mahasiswa di IPT tempatan untuk memperluaskan bakat dan keupayaan anda dalam perniagaan.

    Dalam rombongan ini, pegawai pengiring kami merupakan pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), iaitu En. Mahdir Abdullah. Beliau sentiasa menyokong segala usaha dan penerapan budaya keusahawanan di kalangan para mahasiswa terutama kepada pelajar-pelajar di USIM. Hal ini perlu disedari oleh semua warga USIM bahawa perniagaan atau keusahawanan ini merupakan pekerjaan yang mulia dan dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri bahawa 9/10 rezeki adalah dari perniagaan!

    Mudah-mudahan akan ada program seperti ini pada masa depan untuk memberi peluang serta memupuk minat berniaga di kalangan siswa-siswi terutamanya kepada mereka yang betul-betul ingin 'berjuang' dalam bidang ini!

    Selamat Maju Jaya!



    MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI,
    Pengerusi,
    Muamalat Student Council (MSC),
    Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    0 comments:

    Post a Comment