Jika insan diasuh dengan keangkuhan,
Dia belajar erti takbur....
Jika insan diasuh dengan kelemahan,
Dia belajar erti hina diri...
Jika Insan diasuh dengan permusuhan,
Dia belajar erti membenci,
Jika insan diasuh dengan pentingkan diri,
Dia belajar erti mengkhianati...
Namun...
Jika insan diasuh dengan insani,
Dia belajar erti harga diri...
Jika insan diasuh dengan belas budi,
Dia belajar erti mengasihani...
Jika insan diasuh dengan kepayahan,
Dia belajar erti mensyukuri...
Jika insan diasuh dengan timbangrasa,
Dia belajar erti bersabar...
Jika insan diasuh dengan menukil karya,
Dia belajar erti manfaat ilmu,
Jika insan diasuh dengan didikan taqwa,
Dia belajar erti menghayati agama...
Jika ansan diasuh dengan jiwa rakyat,
Dia belajar erti bermuafakat...
Jika insan diasuh dengan pengalaman,
Dia belajar erti hakikat kehidupan...
Tinta MSC Blogger,
Mohd Noor Bin Yusof
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (FEM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)